Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai.
OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."
Thursday, May 20, 2010
PERBEZAAN KEUPAYAAN OTAK LELAKI DAN WANITA
Posted by ADZRATUL SURAYA at 1:37 AM 0 comments
Monday, May 17, 2010
salam perkenalan
assalamualaikum semua...
dah lama agaknyer xupdate blog ni
bukan xnak update, tapi memikirkan banyaknyer kerja yang perlu dilaksanakan
heee kalah perdana menteri jadual aku ni.. bukannya ader keje sgt pun..
erm..bulan mei ni bulan yang sangat istmewa untuk kiter sumer..
xtaula untuk orang lain,tp bg aku..bulan ni la yg sgt special,,,
hari lahir ayah 5 mei, adik 17 mei,hari ibu dan hari guru....
sumer insan2 ni sngt2 penting dan istimewa untuk diriku
merekalah tunjang kekuatan aku...sehingga hari ni......TERIMA KASIH INSAN2 YANG TERSAYANG
KERANA MEREKALAH YANG MEMBERI SINAR HARAPAN DAN PELANGI YANG CANTIK UNTUKKU,,,,,
jom flash back balik kehidupan kiter......
sebelum tu pesanan ku untuk adik2 tersayang...bersyukurlah kerana engkau lahir disambut penuh dengan kegembiraan dan tangisan....ucaplah walau sepatah kata ucapan terima kasih kepada mereka yang bergelar ibu.....tiada aper yang diharapkan dri seorang ibu dan guru melainkan ungkapan terima kasih... jenguklah mereka,jika mereka jauh di kampung...
tanyalah khbr mereka setiap masa..kerana mereka sangat merindui kalian,,,,,
apelah ada dengan kehidupan ni..sumernyer blh dibeli dn dijual tapi bukan kasih sayang dari ibu dan ayah
PESANAN BUAT ADIK TERSAYANG
sewaktu kiter dikandungkan selama 9 bulan ,mak langsung tidak merungut dengan kiter,kiter ditatang bagai minyak yang penuh...sedangkan adik tahu x,kaki mak kebiruan kejang menahan sakit..adik tahu x..betapa mak kasihkn kiter semua..setiap mlm mak dan ayah membacakan surah sewaktu adik di dlam kandungan lagi..harapan ayah semoga suatu masa nanti, adikla yang akan mengimamkn solat jemaah keluarga kita..adiklah yang akan memangku mak dan ayah mengajar kalimah syahadah dan pada adiklah ayah berharap untuk menjadi tunggak keluarga...
tepat jam 14.02 petang, adik dilahirkan..adik xsabar untuk melihat dunia ini..mak redha dengan kelahiran adik walaupun adik terpksa bersalin secara bedah...sanggup mak menanggung semuanya demi adik...bermulalah episod baru dalam keluarga kita....adik dilayan bagai seorang anak raja.kesemua kehendak adik dituruti....
ape yang adik inginkan sume mak usahakan.aper yg adik ingin miliki sume ayah carikan
tapi adik ayah xmampu berikan kekayaan seperti orng lain...adik merungut ...adik inginkan kekayaan seperti org lain
adik....kerana seorang ibulah adik mampu berjaya sekarang,
adik bangga dengan kekayaan adik,tp lihatlh adik,selagi mana doa seorang ibu itu bergema dimuka bumi allah ni pasti adik berjaya,tp andaikata ibu sudah tidak mampu berdoa lagi,,,dimana adik ingin mencari ibu?
di liang lahad?
dah terlambat
adik... baliklah ciumlah tangan ibu
peluklah ibu adik...
ibu tunggu adik.....
lupakanlah semua sejarah lama
baliklah adik....
kerana IBU SAYANGKANN ADIK
........................................................................................
buat shbtku2
sudahkah anda semua mengucapkan selamat hri ibu pada ibu anda?
sudahkah anda mencium dan bersalam pada merekaa
sudahkh anda semua menelefon mereka hri ini?
jika ya,baguslh
jika tidak, hargailah ibu anda semua
KEKAYAAN,KEMEWAHAN DAN KEBAHAGIAAN TAK BOLEH DIBELI DI DUNIA INI
TANPA DOA SEORANG IBU........JANGANLAH DI USIA TUANYA KAMU SEMUA MENYAKITINYA,MEMBUANGNYA DI RUMAH ORG TUA.....
PELUKLAH MEREKA,DAKAPLAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENDAKAP KAMU
DIWAKTU KECIL
JANGAN MALU DENGAN IBU AYAHMU,MUNGKIN MEREKA TIDAK MEMAHAMIMU
TAPI MEREKA LEBIH TAHU ASAM GARAM KEHIDUPAN
.................................................................................................................................................
ikhlas buat sahabat......
Posted by ADZRATUL SURAYA at 7:42 PM 0 comments
Friday, May 14, 2010
NEHARI (KARI KAMBING KASHMIR)
Bahan-bahan:
1 camca besar garam masala
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus sedikit garam
2 camca kecil serbuk cili
1 camca besar serbuk ketumbar
1/2 camca kecil serbuk buah pala
1 camca besar serbuk jintan kasar
1 camca besar paparika
4 labu bawang besar dihiris nipis
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml Tairu
2 camca besar tomato puri
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus
2 biji cili hijau dihiris
Minyak Vesawit untuk menggoreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
• Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
• Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit.
• Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
Tip:
Biasa dimakan dengan roti Nan
Posted by ADZRATUL SURAYA at 10:00 PM 0 comments
BLACK PEPPER STEAK
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara memasak:
• Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
• Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
• Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
• Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
• Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
• Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
• Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
• Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.
Posted by ADZRATUL SURAYA at 9:52 PM 0 comments